Kebanyakan golongan wanita di Kampung Tong Pelu merupakan ahli persatuan Gerakan Persatuan Wanita (GPW)..Persatuan Gerakan Wanita ini sangat aktif dalam menjalankan pelbagai aktiviti di kawasan Kampung Tong Pelu. Antara aktiviti yang sering dijalankan oleh GPW ialah bacaan Yasin antara rumah ke rumah setiap minggu dan juga bacaan Al Quran ketika terdapatnya kematian di kawasan sekitar. Mereka juga ada menjalankan aktiviti kelas memasak bagi golongan wanita .GPW juga turut membantu dalam kegiatan gotong royong apabila adanya majlis seperti kenduri-kendara. Mereka akan membuat kerja seperti memasak, menghidang, merewang, bersiang, dan menyiapkan segala juadah untuk tetamu serta membersihkan segala kelengkapan yang digunakan untuk proses kenduri.. Justeru, ini telah menunjukkan bahawa GPW Kampung Tong Pelu sangat giat menjalankan aktiviti dan menganjurkan pelbagai program untuk setiap ahlinya. Setiap program yang dijalankan turut memberi ilmu pengetahuan dan memanfaatkan pada masa yang sama.