Sejarah
PUSAT EKONOMI DIGITAL KG TONG PELU
FASA 8 (CLAWBACK 2014)
TARIKH MULA BEROPERASI
24 JUN 2016
MUKIM PEDU
Pedu ialah salah sebuah mukim dalam Daerah Padang Terap, Kedah. Mukim Pedu mengandungi beberapa kampung seperti Kg. Kuala Tekai, Kg. Musa, Kg. Seladang Rebah, Camp Siam, Kg.Tong Pelu, Kg. Pinang, dan Lubuk Merbau
Pedu juga terkenal dengan Empangan Pedu yang menjadi sumber air kepada penanam padi di kawasan MADA Kedah dan Perlis.
SEJARAH PEDI
Pusat Ekonomi Digital (PEDI) ini dibina di Kampung Tong Pelu dan nama PEDI ini seterusnya dikenali sebagai Pusat Internet Kampung Tong Pelu. PEDI ini merupakan PEDI baru yang dibina oleh pihak MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd di bawah kerjasama Telekom Malaysia (TM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). PI1M ini merupakan kesinambungan kepada PI1M Fasa 7 dan ianya merupakan PI Fasa 8 yang mula beroperasi sepenuhnya pada 24 Jun 2016 setelah mendapat kelulusan daripada pihak TM pada 21 June 2016.
Sebelum PEDI ditubuhkan, bangunan yang didiami oleh PEDI sekarang adalah asalnya dewan orang ramai Kampung Tong Pelu. Dewan ini digunakan oleh penduduk kampung untuk menjalankan aktiviti komuniti mereka seperti jamuan hari raya aidilfitri, hari raya aidiladha, sambutan kemerdekaan dan lain – lain lagi. Permohonan Pusat Internet untuk ditubuhkan di Kampung Tong Pelu adalah oleh JKKK Kampung Tong Pelu ini sendiri. Hail ini kerana, JKKK merasakan jaringan komunikasi antara penduduk kampung dengan dunia luar agak terbatas. Justeru, dengan wujudnya PI ini secara tidak langsung dapat membuka mata dan peluang kepada warga setempat untuk kenal lebih mendalam serta memanfaatkan ilmu teknologi maklumat.