mcmc
Pendidikan

Pendidikan

Di Kampung Tong Pelu, terdapat sebuah Tadika KEMAS dan sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Datin Fatimah.

Tadika KEMAS Kampung Pinang

Terdapat 2 orang staf yang berkhidmat di tadika ini. Murid – murid disini terdiri daripada kanak – kanak yang berumur dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun dari 3 buah kampung iaitu Kampung Pinang, Kampung Tong Pelu dan Kampung Pauh. Kanak-kanak di tadika ini sentiasa bersemangat dan ceria sepanjang menjalani pembelajaran di tadika ini memandangkan pelbagai aktiviti dan program yang menyeronokkan. Contohnya pertandingan nyanyian dan acara sukan yang disertai setiap tahun. Malah, pada jamuan hari raya turut diadakan bagi merapatkan silaturrahim antara pelajar, guru dan waris.

Sekolah Kebangsaan Datin Fatimah

Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah yang terdapat di Kampung Tong Pelu. Sekolah Kebangsaan Datin Fatimah mula beroperasi pada tahun 1959 dengan nama Sekolah Kebangsaan Tong Pelu Sempena nama 
tempat sekolah ini dibina hasil gotong royong orang KampungKemudian apabila bangunan bantuan kerajaan diperolehi dengan hasil usaha 
wakil rakyat ketika itu iaitu YB Datin Fatimah binti Hashim maka nama sekolah ditukar kepada nama beliau yang sekarang ini membawa
gelaran Tun Fatimah.  Terletak di laluan darat ke Tasek Pedu kira-kira 18 kilometer dari pekan Kuala Nerang dan 61 kilometer dari Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman.