Pelancongan & Tempat Bersejarah
Seri Mahawangsa Boathouse
Seri Mahawangsa Boathouse merupakan rumah terapung di Tasik Pedu yang boleh menampung kapasiti sehingga 15 orang dalam satu masa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudajan seperti elektrik (generator), bilik tidur, dapur, bilik mandi serta ruang santai.
Pelbagai pakej yang disediakan dengan harga serendah RM 450 bagi dua hari satu malam. Penghuni di rumah bot ini juga akan turut menikmati pelbagai aktiviti rekreasi antaranya ialah aktitivi memancing dan juga dapat merasai sendiri dengan merendamkan kaki dalam air Tasik Pedu tersebut sambil rumah bot bergerak
konsep Seri Mahawangsa Houseboat adalah merupakan konsep kekeluargaan dimana ahli keluarga boleh berkumpul bersama-sama dengan menikmati keindahan alam.
LOKASI : Tasik Pedu, Jalan Pedu 06300 Kuala Nerang . Kedah
SEGALA PERTANYAAN SILA HUBUNGI +6019-4364807 (MR AMIR)
Jeram Tok Din

Jeram Tok Din adalah satu nama yang wujud sejak tahun 90-an lagi dan sehingga kini nama tersebut dikekalkan. Pada dahulu kala, tempat peranginan tersebut hanyalah tempat kanak-kanak di kampung tersebut bermain. Pada ketika itu, Jeram Tok Din tidak menjadi tumpuan orang ramai dan hanya menjadi tumpuan orang Kampung di situ sahaja. Sehingga akhir tahun 1992, Raja Muda Kedah telah dibawa melawat dan berkelah di kawasan Jeram tok Din tersebut. Selepas dari itu, nama Jeram Tok Din menjadi popular di sekitar Padang Terap dan kawasan lain di Negeri Kedah.
LOKASI :
Kawasan Kampung Pinang, Jalan Tasik Pedu, 06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
KEMUDAHAN :
– Tempat Rehat
– Tempat Riadah
AKTIVITI :
– Berakit
– Berkayak
– Perkelahan
MAKLUMAT LANJUT :
Sebarang pertanyaan sila hubungi Hj Salleh Bin Ahmad di talian 019-4313678
Pangkalan Tok Mas

Pangkalan Tok Mas telah ditubuhkan oleh Hj Idris Bin Ibrahim atau dikenali dengan nama Pakcik Yeh. Nama Pangkalan Tok Mas adalah sempena dengan nama isterinya. Tempat peranginan tersebut diwujudkan sejak tahun 2007 lagi dan mula beroperasi secara meluas bermula pada awal tahun 2008. Pangkalan Tok Mas tersebut telah dirasmikan oleh Bekas Menteri Besar kedah iaitu Dato’ Seri setia Diraja Mahadzir Bin Khalid. Dalam perasmian tersebut sebanyak 3 ekor kambing telah dikorbankan dalam majlis tersebut.
LOKASI :
Jalan pedu, 06300 Kuala Nerang, kedah darul Aman
KEMUDAHAN :
– Dewan orang ramai
– 2 bilik tandas
– 5 tempat rehat/riadah
– Tapak khemah
– Gelanggang Sepak takraw
– Padang untuk sukaneka
AKTIVITI :
– Berkayak
– Berakit
– Kem/kursus
– Sukaneka