mcmc
Maklumat PEDi

Maklumat NADI Kg Tong Pelu

SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KAMPUNG TONG PELU

Pusat Sebaran Maklunat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
NADI Kg Tong Pelu menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 JUMLAH KEAHLIAN :
NADI Kg Tong Pelu telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2016 iaitu 26 June 2016. Jumlah keahlian yang terkumpul sehingga kini adalah seperti berikut :
  AHLI LAMA

1789

  AHLI BARU BULAN SEPTEMBER 2025 12
 KESELURUHAN PADA SEPTEMBER 2025 1789
 KENALI PETUGAS NADI :

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas NADI. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.  

Pengurus : Syazwani binti Yahya

Email : m.kgtongpelu@tm.nadi.my
Tarikh Perkhidmatan : 19 November 2024 sehingga kini

Penolong Pengurus :

Email : am.kgtongpelu@tm.nadi.my
Tarikh Perkhidmatan : 10 Februari 2016 sehingga kini

Alamat portal : kgtongpelu.nadi.my
Facebook : https://www.facebook.com/kg.musa.58/

Alamat NADI Kg Tong Pelu :
Dewan JKKK Kampung Tong Pelu,
Mukim Pedu,
06300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.

          

       

       Penubuhan NADI ini adalah usaha untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat Bandar dan Luar Bandar, di samping memberi pendedahan tentang Tekonologi Maklumat dan Internet kepada masyarakat tempatan terutama penduduk Kampung Tong Pelu serta yang berhampiran. Di daerah Padang Terap terdapat sembilan (10)  NADI iaitu :

–  NADI Felda Bukit Tembaga

–  NADI  Belimbing Kanan

–  NADI  Kg. Tanjung Kiri

–  NADI  Kampung Perik

–  NADI  Kampung Musa

–  NADI Tong Pelu

–  NADI  Kampung Belukar Luas

–  NADI  Pekan Naka

–  NADI Felda Lubuk Merbau

–  NADI Kg Labi Tualak

WAKTU OPERASI NADI :

            9 AM – 6 PM

       (Dibuka setiap Hari)

      ** Tutup Cuti Umum

WAKTU OPERASI PADA BULAN RAMADHAN :

 

            8 AM – 5 PM

 

                 REHAT :

1.00 Petang – 2.00 Petang (Sabtu – Khamis)

12.30 Tengahari – 2.30 Petang (Jumaat)

 

Perkhidmatan yang disediakan:

  • Scanning
  • Printing
  • Photostat
  • Laminate
  • Binding
  • Perkhidmatan  seperti upah menaip, surat, tugasan, kertas kerja dan lain-lain.
  • Membaiki dan Format Laptop/PC
  • Perkhidmatan rekabentuk dan percetakan seperti baner, bunting, stiker, kad, flyers dan juga pamphlet 
  • Pembelajaran Kelas ICT
  • Sewa bilik untuk Mesyuarat, Seminar, Bengkel

Antara Kursus Yang Dijalankan Di NADI :

  1. Program Kempen Internet Selamat (KIS) bertujuan mempromosikan panduan penggunaan internet dengan betul, selamat dan effektif
  2. Kursus ICT  (perisian dan perkakasan computer) Kelas Pembelajaran Atas Talian (NADI MAHIR, Tusiyen Online NADI DILEA dan lain-lain)

(Terdapat kemudahan Projektor, Skrin Projektor, Internet serta 20 Buah Komputer)

Melahirkan usahawan Bumiputera dengan memberi tunjuk ajar serta panduan untuk mempromosikan produk.

Sehubungan itu, dengan kemudahan yang terdapat di NADI Kampung Tong Pelu dapat memudahkan  masyarakat setempat untuk berurusan serta menggunakan kemudahan capaian internet yang disediakan. Komuniti tempatan digalakkan untuk mendaftar menjadi ahli kerana terdapat kelebihan menjadi ahli NADI. NADI dijaga dan diselia oleh dua (2) orang petugas yang terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus.