mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan / Celik IT NADI Q4 2018

Nama : Eikmal Hazim Bin Othman

Umur : 17 Tahun
Ahli    : 2016

 

Latar belakang

 

Saya Eikmal Hazim merupakan pelajar Tingkatan 5 Sekolah menegah pedu. Pada mulanya saya kurang mahir menggunakan komputer walaupun mempunyai sebuah komputer dirumah.Saya sangat berminat untuk mendalami ilmu ICT. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk ke pusat internet kg tong pelu yang berdekatan rumah saya untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang penggunaan komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Saya mula berminat untuk mendalami ilmu ict sejak kecil lagi. Hal ini demikian kerana saya melihat kakak saya membuat kerja dengan sangat mudah menggunakan komputer dan internet..saya mengambil peluang untuk bertemu dengan petugas NADI Kg. Tong Pelu yang berhampiran dan meminta bantuan mereka untuk mengajar saya mendalami ilmu-ilmu asas ini. Mereka membimbing saya dalam banyak cara terutamanya tentang penggunaan perisian-perisian dalam komputer untuk membuat kerja sekolah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

 

Kelas ICT,yang dijalankan di NADI Kg.Tong Pelu sangat membantu saya untuk lebih maju seiring dengan kecanggihan teknologi sekarang.Kini saya lebih mahir berbanding rakan – rakan yang lain.Dengan modul-modul yang sangat menarik dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan yang dapat membantu saya meningkatkan lagi ilmu ict ,Selain itu, berbekalkan ilmu itu jugak berguna bagi saya untuk membuat kerja kerja kursus yang guru berikan dengan lancar dan mudah

 

______________________________________________________________________________________________________________

Nama : Sharifatulakma Binti Mohamad Shariff

Umur : 34 Tahun

Ahli    : 2018

 

Latar belakang

Saya Sharifatulakmamerupakan seorang  peniaga kecil di kampung, sekarang saya membuat Kuih Siput untuk dijual di sekitar daerah padang terap.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

 

Pada dahulunya agak susah untuk menjual Kuih Siput saya kerana saya hanya dapat menjual di kawasan kampung sahaja dan tidak tahu bagaimana untuk memperluaskan perniagaan saya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

 

Dengan wujudnya NADI Kg. Tong Pelu pada akhir  tahun 2016  yang terletak hanya 1km dari rumah, saya cuba mendapatkan khidmat nasihat dari Petugas NADI sendiri demi meningkatkan hasil pendapatan  saya. Setelah beberapa  sesi kelas keusahawanan Intel yang lengkap dengan modul-modul keusahawanan sedikit sebanyak membantu saya untuk menjana idea mempromosikan Kuih Siput dengan  menggunakan kaedah atas talian.selain itu saya juga didedahkan cara untuk menyunting gambar menggunakan aplikasi adobe photoshop dan juga illustrator.

______________________________________________________________________________________________________________

Nama : Hairi Bin Abu Hassan

Umur : 26 Tahun

Ahli    : 2017

 

Latar belakang

 

Saya Hairi bin Abu Hassan merupakan seorang  pelajar graduan Universiti Sains Malaysia  dan dengan bantuan pusat internet, sekarang saya menjalankan perkhidmatan fotoshoot dan juga  seorang jurugambar bagi majlis perkahwinan dan lain-lain majlis di sekitar daerah padang terap.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

 

Pada dahulunya agak susah untuk mempromosikan perkhidmatan saya dan saya juga tidak dapat menyiapkan gambar – gambar dengan memuaskan untuk pelanggan. Kerana saya hanya berkemahiran untuk mengambil gambar , tetapi tidak untuk menyunting gambar.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

 

Dengan wujudnya NADI Kg. Tong Pelu pada akhir tahun 2016 yang terletak 2km dari rumah, saya cuba mendapatkan khidmat nasihat dari Petugas PI1M sendiri demi meningkatkan hasil perkhidmatan saya. Setelah beberapa sesi kelas keusahawanan Intel yang lengkap dengan modul-modul keusahawanan sedikit sebanyak membantu saya untuk menjana idea mempromosikan produk menggunakan kaedah atas talian.selain itu saya juga didedahkan cara untuk menyunting gambar menggunakan aplikasi adobe photoshop dan juga illustrator.