mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Usahawan / Celik IT Pusat Internet 1Malaysia Q3 2018

Nama : Muhammad Zikry Ahmad Hanapi

Umur : 19 Tahun
Ahli    : 2017

 

Latar belakang

 

Saya Muhammad Zikri merupakan pelajar daripada UITM Seri Iskandar jurusan Seni Bina. Saya mula berminat untuk mendalami ilmu komputer sejak dari bangku sekolah lagi. Tetapi tiada kemudahan yang ada dikawasan tempat tinggal saya untuk saya menambah dan menimba ilmu ict.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 

Minat yang mendalam terhadap ict tetapi tiada bantuan dari pihak sewajarnya menyebabkan saya tidak dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya. Perkara tersebut amat susah bagi saya untuk membuat kerja assignment dan lain lain.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 

Kelas ICT,yang dijalankan di Pusat Internet Kg.Tong Pelu sangat membantu saya untuk lebih maju seiring dengan kecanggihan teknologi sekarang. Kini saya lebih mahir berbanding rakan – rakan yang lain. Dengan modul-modul keusahawanan  yang sangat menarik dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan yang dapat membantu saya meningkatkan lagi ilmu ICT. Selain itu, saya dapat menggunakan kemudahan untuk saya membuat tugasan serta menyiapkan semua keperluan untuk melanjutkan pelajaran

 

______________________________________________________________________________________________________________

Nama : Wahidah Binti Abd Wahab

Umur : 37 Tahun

Ahli    : 2018

 

Latar belakang

 

Saya Wahidah Abd. Wahab atau nama timangan ‘Kak Dah’merupakan seorang ibu tunggal mempunyai 3 orang anak, mula berkecimpung dalam bisnes pada tahun 2015. Pada mulanya saya memulakan karier dalam penganggotaanJabatan Pertahanan Awam Malaysia,tetapi apakan daya desakan hidup, saya terpaksa untuk berbuat bisnes kecil-kecilan untuk menyara kehidupan anak-anak yang masih bersekolah. Jadi, saya bertekad untuk berniaga makanan pagi/tengahari di kediaman saya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 

Setelah hampir dua tahun menceburi bidang kedai makan,pelanggan saya hanyalah orang-orang kampung berhampiran. Pendapatan bulanan hanyalah cukup-cukup makan. Setelah berjumpa dengan salah seorang petugas PI Kg tong Pelu yang terletak 1 km dari rumah, beliau telah memberi idea-idea marketing dan kaedah yang mudah untuk saya memperoleh pendapatan lebih.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 

Dengan wujudnya PI1M Kg. Tong Pelu pada akhir tahun 2016, pihak PI keseluruhannya telah membantu saya menjana idea-idea yang tak ternilai untuk mengembangkan sayap perniagaan saya. Saya telah mewujudkan satu menu ‘killer’ untuk santapan pelanggan iaitu Maggi Kuah Merechik. Kini, pelanggan terdiri dari orang-orang luar dari kawasan Pedu. Alhamdulillah saya amat bersyukur sekarang.

______________________________________________________________________________________________________________

Nama : Umar Bin Hamid

Umur : 28 Tahun

Ahli    : 2018

 

Latar belakang

Saya Umar Bin Hamid merupakan seorang  peniaga kecil di kampung, sekarang saya membuat popia pedas untuk dijual di sekitar daerah padang terap.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 

Pada dahulunya agak susah untuk menjual popia pedas saya kerana saya hanya dapat menjual di kawasan kampong sahaja dan tidak tahu bagaimana untuk memperluaskan perniagaan saya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 

Dengan wujudnya Pusat Internet Kg. Tong Pelu pada akhir tahun 2016 yang terletak 8km dari rumah, saya cuba mendapatkan khidmat nasihat dari Petugas Pusat Internet sendiri demi meningkatkan hasil pendapatan  saya. Setelah beberapa sesi kelas keusahawanan Intel yang lengkap dengan modul-modul keusahawanan sedikit sebanyak membantu saya untuk menjana idea mempromosikan popia pedas dengan  menggunakan kaedah atas talian.selain itu saya juga didedahkan cara untuk menyunting gambar menggunakan aplikasi adobe photoshop dan juga illustrator.