|
Nama : Afiqah Binti Ahmad Hanapi Umur : 23 Tahun |
Latar Belakang
Saya Afiqah Binti Ahmad Hanapi merupakan graduan ijazah daripada Universiti Islam Antarabangsa. Pada mulanya saya kurang mahir menggunakan komputer walaupun mempunyai sebuah komputer dirumah. Saya agak malu dengan rakan-rakan sekelas kerana mereka masing-masing hebat menggunakan perisian – perisian dalam komputer. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk ke pusat internet kg tong pelu yang berdekatan rumah saya untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang penggunaan komputer
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Saya mula berminat untuk mendalami ilmu ict sejak menjejakkan kaki di universiti lagi. Hal ini demikian kerana sesi pembelajaran di universiti amatlah berbeza dengan sekolah kerana silibus banyak menggunakan slide dan format pdf. Jadi, agak sukar bagi saya untuk tidak mengambil endah dalam skill ict ini kerana ia menjadi skill utama dalam pembelajaran saya. Jadi ketika cuti semester ataupun cuti penggal, saya mengambil peluang untuk bertemu dengan petugas Pusat internet Kg. Tong Pelu yang berhampiran dan meminta bantuan mereka untuk mengajar saya mendalami skil-skill asas ini. Mereka membimbing saya untuk membeli komputer riba dengan spesifikasi-spesifikasi yang tertentu bersesuaian dengan bajet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Kelas ICT,yang dijalankan di Pusat internet Kg.Tong Pelu sangat membantu saya untuk lebih maju seiring dengan kecanggihan teknologi sekarang.Kini saya lebih mahir berbanding rakan – rakan yang lain.Dengan modul-modul yang sangat menarik dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan yang dapat membantu saya meningkatkan lagi ilmu ict ,Selain itu, berbekalkan ilmu itu jugak berguna bagi saya untuk membuat pembentangan silibus di hadapan rakan sekelas tanpa ada rasa kekok dan penuh dengan keyakinan.
______________________________________________________________________________________________________________
USAHAWAN 1
|
Nama : Afiqah Binti Ahmad Hanapi Umur : 23 Tahun Ahli : 20167 |
Latar Belakang
Saya Afiqah Binti Ahmad Hanapi merupakan seorang pelajar graduan universiti islam antarabangsa Malaysia dan dengan bantuan pusat internet, sekarang saya menjalankan perkhidmatan fotoshoot dan juga seorang jurugambar bagi majlis perkahwinan dan lain-lain majlis di sekitar daerah padang terap.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pada dahulunya agak susah untuk mempromosikan perkhidmatan saya dan saya juga tidak dapat menyiapkan gambar – gambar dengan memuaskan untuk pelanggan. Kerana saya hanya berkemahiran untuk mengambil gambar , tetapi tidak untuk menyunting gambar.
.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Dengan wujudnya Pusat Internet Kg. Tong Pelu pada akhir tahun 2016 yang terletak 2km dari rumah, saya cuba mendapatkan khidmat nasihat dari Petugas PI1M sendiri demi meningkatkan hasil perkhidmatan saya. Setelah beberapa sesi kelas keusahawanan Intel yang lengkap dengan modul-modul keusahawanan sedikit sebanyak membantu saya untuk menjana idea mempromosikan produk menggunakan kaedah atas talian.selain itu saya juga didedahkan cara untuk menyunting gambar menggunakan aplikasi adobe photoshop dan juga illustrator.
______________________________________________________________________________________________________________
USAHAWAN 2
|
Nama : Shuhairy Bin Shuib Umur : 26 Tahun Ahli : 2017 |
Latar Belakang
Saya Shuhairy b Shuib merupakan graduan Universiti Malaysia Perlis dalam jurusan Bisnes pada tahun 2015. Setelah tamat pengajian, saya cuba untuk mencari kerja-kerja yang berkaitan dengan kos pengajian saya tetapi apakan daya, bukanlah mudah untuk mendapat kerja zaman kini.Saya mula tertarik dengan ternakan ikan asalnya bermula dari hobi memancing menggunakan umpan anak ikan keli, lama-kelamaan menjadi kegilaan orang ramai kerana anak ikan keli merupakan umpan terbaik untuk kaki pancing ikan air tawar.Kini saya lebih dikenali sebagai Jebat Keli.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah hampir dua tahun menceburi bidang ternakan ikan keli, jualan saya hanyalah ke pasaran pasaraya Mega sekitar negeri Kedah antaranya Pasaraya Basah Mydin, Giant dan Tesco. Saya tak mampu nak bawa branding/trademark ikan keli saya iaitu Jebat Keli ke pasaran luar seperti di negara jiran.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Dengan wujudnya PI1M Kg. Tong Pelu pada akhir tahun 2016, pihak PI1M keseluruhannya telah membantu saya menjana idea-idea yang tak ternilai untuk mengembangkan pasaran ikan keli/benih ikan keli ke Negara jiran. Antaranya dengan mengkaji kaedah/ teknik kaki pancing negara jiran, mengedarkan benih ikan secara sah ke Negara jiran melalui ejen-ejen sah serta promosi melalui media social. Sekarang, ‘friend list’ di Facebook saya kebanyakkannya orang Siambkaki pancing dan pemborong ikan dari Thailand.