|
Nama : Nur Ezzatie Binti Othman Yusof Umur : 23 Tahun Ahli : 2017 |
Latar Belakang
Saya Nur Ezzatie Binti Othman merupakan graduan diploma daripada Universiti Tempatan. Pada mulanya saya tidak tahu menggunakan komputer walaupun menaip surat sekali pun. Saya agak malu dengan rakan-rakan sekelas kerana mereka masing-masing mempunyai komputer riba sendiri. Saya sering menjadi bahan ejekan rakan kerana sikap ‘noob’ saya dalam skill asas komputer. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk membeli komputer riba terpakai dan mempelajari menggunakannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Saya mula berminat untuk mendalami ilmu ict sejak menjejakkan kaki di universiti lagi. Hal ini demikian kerana sesi pembelajaran di universiti amatlah berbeza dengan sekolah kerana silibus banyak menggunakan slide dan format pdf. Jadi, agak sukar bagi saya untuk tidak mengambil endah dalam skill ict ini kerana ia menjadi skill utama dalam pembelajaran saya. Jadi ketika cuti semester ataupun cuti penggal, saya mengambil peluang untuk bertemu dengan petugas PI1M Kg. Tong Pelu yang berhampiran dan meminta bantuan mereka untuk mengajar saya mendalami skil-skill asas ini. Mereka membimbing saya untuk membeli komputer riba dengan spesifikasi-spesifikasi yang tertentu bersesuaian dengan bajet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Kelas ICT,yang dijalankan di PI1M Kg.Tong Pelu sangat membantu saya untuk lebih maju seiring dengan kecanggihan teknologi sekarang.Kini saya lebih mahir berbanding rakan – rakan yang lain.Dengan modul-modul yang sangat menarik dapat memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan yang dapat membantu saya meningkatkan lagi ilmu ict ,Selain itu, berbekalkan ilmu itu jugak berguna bagi saya untuk membuat pembentangan silibus di hadapan rakan sekelas tanpa ada rasa kekok dan penuh dengan keyakinan.
______________________________________________________________________________________________________________
USAHAWAN 1
|
Nama : Nurul Ashikin Abd. Rahman
Umur : 35 Tahun
Ahli : 2016 |
Latar Belakang
Saya Nurul Ashikin Abd. Rahmanmerupakan seorang guru di salah sebuah sekolah di Pedu ini. Saya mula jatuh minat berniaga sejak di bangku sekolah lagi dengan membantu ibu berniaga nasi lemak pagi di kampung. Setelah melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan dahulu, saya turut melibatkan diri dalam Persatuan Usahawan Muda dan Berjaya meraih wang untuk bantu keluarga dikampung. Sekarang saya menjadi ejen Perfume De’Xandra bagi negeri Kedah
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pada dahulunya agak susah untuk mempromosikan barangan atau produk melainkan dengan kaedah pintu ke pintu di sekitar kawasan Pedu ini kerana lokasinya yang agak pendalaman dah sukar mecapai talian telefon. Selain itu, saya juga membawa barangan produk saya ke sekolah untuk mempromosikan kepada guru-guru dan staf-staf yang lain. Hasil jualan tidaklah begitu memberansangkan dan hanya cukup untuk memusing modal.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Dengan wujudnya PI1M Kg. Tong Pelu pada akhir tahun 2016 yang terletak 2km dari rumah, saya cuba mendapatkan khidmat nasihat dari Petugas PI1M sendiri demi meningkatkan hasil jualan saya. Setelah beberapa sesi kelas keusahawanan Intel yang lengkap dengan modul-modul keusahawanan sedikit sebanyak membantu saya untuk menjana idea mempromosikan produk menggunakan kaedah atas talian.
______________________________________________________________________________________________________________
USAHAWAN 2
|
Nama : Amir Bin Wahab
Umur : 45 Tahun
Ahli : 2016 |
Latar Belakang
Saya Amir Bin Wahab merupakan bekas seorang staf bahagian Food & Beverages di Pedu Lake Resort suatu ketika dahulu. Saya mula mendapat ilham untuk membuat HouseBoat di Tasik Pedu ketika saya terpaksa berhenti kerja kerana zaman kegawatan ekonomi Malaysia pada tahun 1999-2005.Saya memulakan secara kecil-kecilan dengan modal yang tidak seberapa ekoran dari wang pampas an berhenti kerja. Sehinggalah ke hari ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Bila disebutkan tentang tasik Pedu, persepsi masyarakat masih tidak berubah tentang berita ratusan kubur lama yang tersebar luas satu ketika dahulu sehinggakan Hotel-hotel terkemuka di Tasik Pedu terpaksa ditutup akibat kerugian. Sekitar tahun 2010 dan keatas houseboat saya hanyalah menjadi persinggahan para pemancing sahaja. Itupun ada yang tidak tahu lokasi Tasik Pedu.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Dengan wujudnya PI1M Kg. Tong Pelu pada akhir tahun 2016, pihak PI1M keseluruhannya telah membantu saya dengan menaikkan nama Seri Mahawangsa House Boat ke serata Malaysia. Dengan adanya projek ‘Menarik Di Padang Terap’, Seri Mahawangsa Houseboat menjadi salah satu pusat pelancongan Discovery Kedah.