Kampung Tong Pelu mempunyai sebuah Klinik Desa 1Malaysia yang berada dalam lingkungan 200 meter dari Pusat Internet 1Malaysia Kg Tong Pelu. Klinik Desa Kg Tong Pelu ini merupakan salah satu insentif kemudahan kepada warga desa kerana penduduk Kampung berada agak jauh dari Hospital dipekan Kuala Nerang. Warga desa boleh melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik tersebut dan mendapatkan perkhidmatan yang diberi adalah untuk menjamin kesihatan warga desa sentiasa sihat