Kampung Tong Pelu mempunyai kemudahan asas seperti klinik desa, kedai runcit, kedai makan dan juga sekolah kebangsaan datin fatimah yang terdapat di Kampung Tong Pelu. Oleh yang demikian, penduduk dari kampung berhampiran turut dapat menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.