mcmc
Persatuan Belia

Belia Harapan Bangsa

 Di Kampung Tong Pelu terdapat persatuan Belia yang  menjadi penyumbang kepada tenaga kerja untuk melakukan tugasan dan tanggungjawab. contohnya, menjelang sesebuah kenduri akan di adakan mereka akan sibuk melakukan tugas memasang khemah dan menyiang daging untuk memasak. Malahan, ada sesetengah menu akan di masak oleh golongan lelaki. Belia juga adakalanya akan bergotong royong membersihkan kawasan kampung, membantu mengawal keselamatan kampung serta memastikan tanah perkuburan supaya terjaga dan terjamin kebersihannya.