mcmc
Maklumat Komuniti

UTAMA

SELAMAT DATANG KE PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KAMPUNG TONG PELU

          Pusat Internet 1Malaysia Kampung Tong Pelu terletak di Kampung Tong Pelu dan pada asalnya merupakan bangunan dewan orang ramai Kampung Tong Pelu. Kedudukannya yang strategik dan terletak berhadapan dengan sebuah sekolah rendah memudahkan orang ramai untuk berkunjung ke Pusat Internet 1Malaysia. Pusat Internet 1Malaysia merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad serta MSD Digital Intellegence yang memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Hal ini, bertujuan untuk memberi segala kemudahan kepada komuniti luar bandar seiring dengan kemudahan yang dicapai oleh komuniti di Bandar.

       

       Penubuhan Pusat Internet 1Malaysia ini adalah usaha untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat Bandar dan Luar Bandar, di samping memberi pendedahan tentang Tekonologi Maklumat dan Internet kepada masyarakat tempatan terutama penduduk Kampung Tong Pelu serta yang berhampiran. Di daerah Padang Terap terdapat sembilan (9)  Pusat Internet 1Malaysia iaitu :

–  Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Tembaga

–  Pusat Internet 1Malaysia Belimbing Kanan

–  Pusat Internet 1Malaysia Kg. Tanjung Kiri

–  Pusat Internet 1Malaysia Kampung Perik

–  Pusat Internet 1Malaysia Kampung Musa

–  Pusat Internet 1Malaysia Kampung Tong Pelu

– Pusat Internet 1Malaysia Kampung Belukar Luas

– Pusat Internet 1Malaysia Pekan Naka

– Pusat Internet 1Malaysia Felda Lubuk Merbau

WAKTU OPERASI PI1M :

                 BUKA :

       (Dibuka setiap Hari)

      ** Tutup Cuti Umum

       

                 REHAT :

1.00 Petang – 2.00 Petang (Sabtu – Khamis)

12.30 Tengahari – 2.30 Petang (Jumaat)

               ALAMAT :

Pusat Internet 1Malaysia

Kampung Tong Pelu, Mukim Pedu, 

06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.

 

Perkhidmatan yang disediakan:

  • Scanning
  • Printing
  • Photostat
  • Laminate
  • Binding
  • Perkhidmatan  seperti upah menaip, surat, tugasan, kertas kerja dan lain-lain.
  • Membaiki dan Format Laptop/PC
  • Perkhidmatan rekabentuk dan percetakan seperti baner, bunting, stiker, kad, flyers dan juga pamphlet 
  • Pembelajaran Kelas ICT
  • Sewa bilik untuk Mesyuarat, Seminar, Bengkel

Antara Kursus Yang Dijalankan Di PI1M :

  1. Program Intel Program Klik Dengan Bijak (KDB) bertujuan mempromosikan panduan penggunaan internet dengan betul dan effektif
  2. Kursus ICT  (perisian dan perkakasan computer)
    1. Intel Learn Easy Step
    2. Intel Entrepeneurship  Basic merangkumi pengenalan kepada asas membentuk usahawan yang berjaya
  3. Kelas Pembelajaran Atas Talian (UNICLIQ, Tusiyen Online dan lain-lain)

(Terdapat kemudahan Projektor, Skrin Projektor, Internet serta 20 Buah Komputer)

Melahirkan usahawan Bumiputera dengan memberi tunjuk ajar serta panduan untuk mempromosikan produk.

Sehubungan itu, dengan kemudahan yang terdapat di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Tong Pelu dapat memudahkan  masyarakat setempat untuk berurusan serta menggunakan kemudahan capaian internet yang disediakan. Komuniti tempatan digalakkan untuk mendaftar menjadi ahli kerana terdapat kelebihan menjadi ahli Pusat Internet serta bayaran RM5 hanya sekali cas seumur hidup. Pusat Internet 1Malaysia ini dijaga dan diselia oleh dua (2) orang petugas yang terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus.