Laporan Aktiviti 2017
3 Program Kluster pada 24 Ogos 2017
1
| Tarikh | : 24 Ogos 2017 |
| Masa | : 8.00 pagi – 1.00 petang |
| Lokasi | : Kg Masjid Baru, Naka |
| Peserta | : 50 orang |
2
| Tarikh | : 24 Ogos 2017 |
| Masa | : 8.00 pagi – 1.00 petang |
| Lokasi | : Pekan Naka |
| Peserta | : 150 orang peserta |
3
| Tarikh | : 24 Ogos 2017 |
| Masa | : 8.00 pagi – 1.00 petang |
| Lokasi | : SK Kubang Palas, Padang Sanai |
| Peserta | : 150 orang peserta |
| Tujuan | |
|
Program ini dijalankan bagi mendekatkan Pusat Internet 1Malaysia dengan komuniti sekitar. Petugas dapat memberikan taklimat berkaitan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti sekitar seiring saranan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat celik IT. Kempen kesedaran keselamatan internet turut diberi sebagai peringatan bagi mengelakkan masalah jenayah Internet yang sukar dikawal. |
|
| Aktiviti | |
|
Para peserta diberikan taklimat berkaitan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia, kempen kesedaran penggunaan Internet dan promosi penggunaan laman Dashboard Komuniti sebagai salah satu platform pelbagai guna untuk kegunaan semua golongan masyarakat. Kuiz turut diberikan kepada peserta bagi menguji kefahaman berkaitan penerangan yang diberikan. |
|
Pesta Emping di Kurung Hitam
| Tarikh | : 22 Ogos 2017 |
| Masa | : 8.00 pagi – 1.00 petang |
| Lokasi | : Perkarangan Masjid Kg Tengah, Mukim Kurung Hitam |
| Peserta | : 50 orang peserta |
| Tujuan | |
|
Program bersama agensi pertanian ini mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya usahawan dalam mempromosikan produk serta tempat menarik di sekitar daerah Padang Terap. Tradisi membuat emping iaitu salah satu makanan tradisional suatu masa dahulu diperkenalkan melalui pesta ini khususnya kepada golongan muda pada hari ini. |
|
| Aktiviti | |
|
Selain pelbagai aktiviti rakyat yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian, petugas Pusat Internet 1Malaysia turut mengambil peluang membuat pameran, aktiviti dan pertandingan bagi mempromosikan perkhidmatan di Pusat Internet 1Malaysia. Antaranya termasuklah Muat turun aplikasi Dashboard Komuniti (DK) di telefon bimbit, Pertandingan Dam Ular KDB dan DK, Kuiz ICT / KDB, Pemeriksaan Kesihatan Tekanan Darah (My Health) dan promosi e-waste (Kitar Semula Telefon Bimbit Rosak). |
|
Program Dashboard Komuniti (DK) pada 10-12 Ogos 2017
| Tarikh | : 10 Ogos 2017 |
| Masa | : 9.00 pagi – 5.00 petang |
| Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Kg Tanjung |
| Peserta | : 50 orang |
| Tarikh | : 11 Ogos 2017 |
| Masa | : 9.00 pagi – 5.00 petang |
| Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Belimbing Kanan |
| Peserta | : 50 orang peserta |
| Tarikh | : 12 Ogos 2017 |
| Masa | : 9.00 pagi – 5.00 petang |
| Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Felda Lubuk Merbau |
| Peserta | : 50 orang peserta |
| Tujuan | |
|
Program ini dijalankan bagi mendekatkan Pusat Internet 1Malaysia dengan komuniti sekitar. Petugas dapat memberikan taklimat serta menjalankan pelbagai aktiviti dan pertandingan berkaitan ICT dan keusahawanan di Pusat Internet 1Malaysia yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti sekitar seiring saranan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat celik IT di samping menjana ekonomi setempat. Kempen kesedaran keselamatan internet turut diberi sebagai peringatan bagi mengelakkan masalah jenayah Internet yang sukar dikawal. |
|
| Aktiviti | |
|
Para peserta diberikan taklimat berkaitan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia, kempen kesedaran penggunaan Internet dan promosi penggunaan laman Dashboard Komuniti sebagai salah satu platform pelbagai guna untuk kegunaan semua golongan masyarakat. Pelbagai pertandingan ICT dan keusahawan turut dijalankan bagi memberi lebih kefahaman berkaitan penerangan yang diberikan. |
|
Program Lawatan Media ke Menarik di Padang Terap pada 3-6 Ogos 2017
| Tarikh | : 3-6 Ogos 2017 |
| Masa | : 3 hari |
| Lokasi | : Sekitar lokasi Menarik Di Padang Terap |
| Peserta | : 50 orang peserta |
| Tujuan | |
|
Program ini mendedahkan peranan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti sekitar khususnya usahawan dalam mempromosikan produk serta tempat menarik di sekitar daerah Padang Terap. Petugas media turut menemubual usahawan Pusat Internet 1Malaysia sebagai ikon usahawan yang menggunakan sebaiknya perkhidmatan yang disediakan untuk pembangunan ekonomi dan mempromosikan lokasi menarik di sekitar daerah Padang Terap. |
|
| Aktiviti | |
|
Para peserta yang terdiri dari kalangan wartawan media cetak dan elektronik diberikan taklimat berkaitan program menarik di Padang Terap oleh pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia, dan dibawa melawat ke beberapa lokasi terpilih bagi membolehkan proses rakaman, temubual usahawan dan lain-lain dijalankan mengikut jadual dan objektif. |
|